
Tragedi Cinderella
Amylin Asyikin





Ookbee Rank
Category
Publisher
Cover Price
Digital Price
Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh Niury City. Dia ¬hanya-lah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinde¬rella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis ¬tari-menari.
Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai ¬langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa -sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari Niury City.
Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana.
Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka.
DETAILS
ISBN | : 978-983-124-800-3 | On-Sale-Date | : 2013/02/22 |
Print Length | : 0 | Country | : Malaysia |
File Size | : 0 MB | Language | : |
Interactive Size | : 0 MB |
MORE BOOKS BY THIS AUTHOR
WRITE A REVIEW
RATINGS
Review
Your Rating
0
out of 5 stars
(Rate this Issue!)