9 Bulan 10 Hari
Haryati Mat Deris Bahasa Melayu
N/A
Ookbee Rank
Category
Publisher
Cover Price
Digital Price
Melalui proses kehamilan menjadi momen terindah setiap wanita. Sepanjang proses itu, bakal ibu perlu menjaga pemakanan agar badan mendapat nutrien penting sekali gus memelihara kesihatan ibu dan anak. Pemakanan yang sihat semasa hamil perlu dititikberatkan. Kekurangan zat bukan sahaja menyebabkan kecacatan pada bayi yang dikandung tetapi juga mendatangkan bahaya kepada si ibu.
Wanita hamil biasa mengalami masalah mengidam. Pakar-pakar mempercayai keadaan ini ada kaitannya dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu. Tidak salah jika mengidam, asalkan makanan yang diidamkan adalah sihat dan tidak mendorong kepada sebarang kesan sampingan kepada diri dan kandungan. Sebab itulah bakal ibu perlu mempersiapkan diri, bukan sahaja dalam soal penjagaan bayi selepas kelahiran tetapi juga soal makan sepanjang tempoh kehamilan.
Buku ini dapat membantu bakal ibu dalam soal pemilihan makanan. Dibahagikan empat bab dengan resipi-resipi pilihan terbaik untuk dicuba. Bermula dengan menu sihat ketika sarapan, tengah hari, minum petang hinggalah menu untuk makan malam. Turut disertakan nota panduan nutrisi, zat penting dalam makanan dan gambar rajah piramid makanan untuk bakal ibu. Sebagai bonus, disediakan juga ringkasan pemakanan seminggu dalam bentuk jadual. Percayalah, tempoh sembilan bulan 10 hari yang dilalui itu akan berjalan lancar. Tidak mustahil, impian anda untuk miliki cahaya mata yang sihat dan pintar akan terlaksana.
DETAILS
ISBN | : 978-983-124-690-0 | On-Sale-Date | : 2017/06/09 |
Print Length | : 116 | Country | : Malaysia |
File Size | : 69.66 MB | Language | : Bahasa Melayu |
Interactive Size | : 0 MB |
MORE BOOKS BY THIS AUTHOR
WRITE A REVIEW
RATINGS
Review
Your Rating
0
out of 5 stars
(Rate this Issue!)